Monday, 15 October 2012

Pak Mus Bomoh Patah

                   
BOMOH PATAH

Pernah dengar pasal "bomoh patah"? Selalunya kalau accident, patah riuk tulang belulang, kita normally akan refer pada perkhidmatan otopedik di hospital. Tapi walaupun sekarang ni serba moden, perubatan tradisional masih tidak dilupakan. Ada yang pergi mendapatkan perkhidmatan perubatan alternatif daripada bomoh patah untuk yang patah atau retak tulang akibat accident, tergeliat dan sebagainya.

Di Kg Merbah, Seremban terdapat seorang bomoh patah bernama Pak Mus dimana beliau amat terkenal dalam membantu mengubati masalah berkaitan tulang-belulang ni. Ramai yang datang dari pelbagai lokasi datang seawal pagi dan ada yang siap bermalam di hadapan kawasan rumah beliau bagi mendapatkan nombor giliran untuk mendapatkan rawatan daripada beliau.

Beliau tidak mengenakan sebarang kadar bayaran bagi perkhidmatan tradisional tersebut. Terpulang pada keikhlasan pengunjung atau pesakit untuk memberikan sedekah kepada beliau. Pada zaman yang serba moden dan serba materialistik ini, saya kagum kerana masih wujud lagi segelintir umat manusia yang begitu ikhlas membantu orang lain yang sedang dalam kesusahan dan kesakitan.

Lokasi terperinci rumah Pak Mus akan saya kongsikan nanti bersama pembaca yang lain.